Kepala air di Sungai Kedondong, 9 lelaki terperangkap diselamatkan

Kepala air di Sungai Kedondong, 9 lelaki terperangkap diselamatkan

Menurut pihak bomba semua mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun terperangkap di sungai berkenaan akibat arus deras.

Menurut pihak bomba, ketika pasukan menyelamat tiba dua daripada sembilan lelaki terbabit berjaya melepasi sungai berkenaan manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seramai sembilan individu diselamatkan selepas terperangkap di kawasan batu di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu, dekat sini malam tadi susulan kejadian kepala air, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis.

Beliau berkata, semua mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun terperangkap di sungai berkenaan akibat arus deras.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.55 malam sebelum sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba pada 8.27 malam dan mendapati dua daripada sembilan lelaki terbabit berjaya melepasi sungai berkenaan manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan semua mangsa dan dibawa ke tempat selamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.