
Daripada jumlah itu, 22 sudah dikenakan denda manakala 25 lagi kes masih dalam siasatan, katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar).
“Lapan kes diletakkan bawah tiada tindakan lanjut (NFA) dan seorang ahli politik sudah dikenakan tuduhan di mahkamah,” katanya.
Beliau berkata, semua kes pelanggaran SOP itu berlaku antara 18 Mac 2020, ketika negara ini dikenakan PKP menyeluruh, sehingga 25 Ogos lalu.
Terdahulu, Syed Saddiq mengemukakan soalan berhubung jumlah ahli politik yang dikesan melanggar SOP sepanjang penguatkuasaan PKP.
Ahli Parlimen itu juga dalam perbahasannya menyatakan sebilangan ahli politik dituduh makan di tempat awam, “dine-in” di restoran, selain tidak memakai pelitup muka.
Sebelum ini, rakyat menghentam kerajaan susulan tindakan berat sebelah membabitkan pelanggaran SOP yang dilaporkan berlaku oleh selebriti dan ahli politik, namun mereka tidak dikenakan denda dalam tempoh segera.