Benar ahli farmasi beri suntikan ‘booster’, kata persatuan

Benar ahli farmasi beri suntikan ‘booster’, kata persatuan

Persatuan Farmasi Malaysia berkata ini akan memastikan akses mudah dan pantas untuk orang ramai mendapatkan suntikan penggalak Covid-19.

Persatuan Farmasi Malaysia berharap ahli farmasi komuniti akan dibenarkan memberikan suntikan vaksin penggalak seiring doktor swasta.
PETALING JAYA:
Sudah tiba masanya kerajaan membenarkan ahli farmasi komuniti memberikan suntikan penggalak Covid-19, kata Presiden Majlis Farmasi Malaysia Amrahi Buang.

Dalam kenyataan, Amrahi berkata, memandangkan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) mega kini ditutup, langkah itu akan memastikan suntikan penggalak Covid-19 masih boleh diperolehi orang ramai.

Menurutnya, MPS dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia telah membangunkan Program Latihan Pensijilan Imunisasi untuk Ahli Farmasi (CTPIP) bagi memastikan ahli farmasi komuniti cukup berkemampuan memberikan suntikan vaksin.

Amrahi berkata, dengan pengumuman oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengenai pemberian suntikan penggalak vaksin Covid-19 kepada kumpulan berisiko tinggi serta pekerja barisan hadapan, beliau berharap ahli farmasi komuniti akan dimasukkan dalam senarai utama penerimanya bersama doktor swasta.

Beliau turut menggesa kerajaan membenarkan ahli farmasi komuniti mengendors kit ujian kendiri berasaskan air liur untuk memudahkan pengembara.

“MPS maklum bahawa Majlis Keselamatan Negara telah memasukkan syarat tambahan untuk memberikan hasil ujian kit berasaskan air liur sebelum perjalanan ke Labuan.

“Bagaimanapun, hanya pengamal perubatan berdaftar di sektor swasta dan pegawai Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk mengendors hasil ujian kit air liur ini,” katanya.

Amrahi berkata, ahli farmasi komuniti cukup layak untuk mentafsirkan hasil ujian kit kendiri berkenaan, malah mereka adalah penyedia penjagaan kesihatan yang paling mudah diakses orang ramai.

Berhubung penjualan kit ujian kendiri, beliau berkata, pembekal patut mencetak atau memaparkan kod QR pada bungkusannya, dengan pautan kepada video serta infografik arahan penggunaannya dalam setiap bahasa bagi memudahkan orang ramai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.