Bekalan vaksin cukup untuk 142% populasi, kata KKM

Bekalan vaksin cukup untuk 142% populasi, kata KKM

Baki vaksin yang ada dicadangkan sebagai dos tambahan penggalak, serta memvaksin remaja berusia 12 tahun ke atas.

Malaysia sudah memesan bekalan vaksin daripada lima pengeluar dan program pengedaran vaksin antarabangsa Covax.
PETALING JAYA:
Bekalan vaksin diperoleh kerajaan cukup untuk kegunaan 142% populasi Malaysia, kata KKM.

Menurut kementerian itu, hampir 88 juta dos telah ditempah daripada lima pengeluar iaitu AstraZeneca, Pfizer, Sinovac, CanSino dan Gamaleya, serta program pengedaran vaksin antarabangsa Covax.

Sebaik populasi Malaysia divaksin, bakinya dicadangkan untuk digunakan sebagai dos tambahan ketiga atau penggalak, serta memvaksin remaja berusia 12 tahun ke atas.

Keseluruhan bekalan vaksin dijangka lengkap menjelang suku tahun kedua 2022.

Keutamaan vaksinasi bagi remaja meliputi mereka yang berusia 12 tahun ke atas dengan komorbiditi, serta remaja berusia 16 serta 17 tahun tanpa mengira keadaan kesihatan mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.