
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.45 petang.
“Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Alif Amuddin dengan menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
“Turut bersama dalam operasi mencari itu ialah pasukan polis serta penduduk kampung,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan setakat petang semalam kanak-kanak berkenaan belum ditemui manakala operasi SAR ditangguh pada 6.05 petang dan akan bersambung hari ini.