Tak perlu kelulusan kerajaan negeri, polis untuk masuk Sabah mulai Isnin, kata Masidi

Tak perlu kelulusan kerajaan negeri, polis untuk masuk Sabah mulai Isnin, kata Masidi

Hanya dua syarat kini perlu dipatuhi iaitu lengkap menerima vaksin Covid-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Kerajaan negeri Sabah membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah hari ini memutuskan tiada lagi keperluan mendapatkan kelulusan kemasukan daripada kerajaan negeri Sabah dan pihak polis untuk mereka bukan berasal dari Sabah bermula Isnin ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata sehubungan itu hanya dua syarat yang perlu dipatuhi bagi kemasukan ke Sabah iaitu lengkap menerima vaksin Covid-19 dan keputusan ujian saringan Rapid Test Kit (RTK) negatif.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata langkah berkenaan selaras dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan rentas negeri bermula Isnin depan.

“Kemas kini SOP (prosedur operasi standard) akan diumum kemudian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 13 Okt lepas, Ketua Menteri Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata kerajaan negeri bersetuju membenarkan rentas negeri berkuat kuasa Isnin ini, dan kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan beberapa syarat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.