5 kluster baharu Covid-19, 3 babitkan tempat kerja

5 kluster baharu Covid-19, 3 babitkan tempat kerja

Masing-masing satu lagi kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi dan institusi Pendidikan KPM.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima kluster baharu Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam kenyataan beliau berkata, tiga daripada kluster berkenaan adalah tempat kerja dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

Kluster dikesan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Kelantan.

Perincian lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

  • Kluster Tapak Bina Lebuhraya Setiawangsa 2 (Titiwangsa) 14 kes
  • Kluster Jalan Bank Kuantan 2 (Kuantan) 12 kes
  • Kluster Industri Wawasan 10 (Batu Pahat) 13 kes
  • Kluster Kampung Dusun Raja (Kota Bharu) 19 kes
  • Kluster Kampung Cheroh (Raub) 10 kes

Hisham berkata, sebanyak 5,776 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 411 daripadanya kluster aktif dan 5,365 kluster lagi sudah tamat.

Sementara itu, satu lokaliti di Pahang diarahkan menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKDP) bermula 3 Nov.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata, PKPD dilaksanakan sehingga 16 Nov membabitkan Taman Amalina Lestari, Mukim Gali, Raub, Pahang.

MKN turut mengumumkan lanjutan PKPD dari 3 Nov hingga 16 Nov di perkampungan Orang Asli Pos Betau, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.