
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis tiba di lokasi kejadian pada pukul 5.49 petang dan mendapati mangsa, yang juga kanak-kanak lelaki, dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk rawatan lanjut.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati individu terlibat menyembunyikan diri di sebuah unit rumah pangsa tersebut.
“Hasil pemeriksaan dijalankan, berjaya menahan individu berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya.
“Siasatan sedang dijalankan dan seterusnya kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut,” katanya.
Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana balai polis berhampiran.