
Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan berkata pengumuman itu dibuat pada 10 pagi menerusi atas talian Facebook Umno Online tanpa penganjuran sebarang majlis.
“Pengumuman nama Calon BN live di FB Umno Online, Sabtu 6 Nov 2021 jam 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” kata Ahmad Maslan di Twitter.
BN dijangka akan menampilkan beberapa calon muka baharu untuk dipertaruhkan.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November, manakala penamaan calon 8 November dan undi awal 16 November.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lalu apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepemimpinan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri.
Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57% pengundi terdiri lelaki dan baki 254,666 atau 51.43% adalah wanita.