
Ini menjadikan keseluruhan 2,419,743 daripada 2,510,852 pesakit Covid-19 sudah sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 534 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), 529 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan lima disyaki dijangkiti.
Sementara itu, 263 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 205 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 58 disyaki positif.
Hisham berkata,4,528 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 4,339 warganegara dan 189 lagi bukan warganegara. Terdapat juga 15 kes yang diimport.
Tambahnya daripada jangkitan baharu itu, hanya 2.5 % adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.
Nilai R-Naught negara direkodkan berada pada kadar 0.92, dengan Putrajaya mempunyai kadar R-Naught tertinggi iaitu 1.03, diikuti Kuala Lumpur 1.00.
Negeri lain pula mencatatkan kadar R-Naught di bawah angka 1.0.