Buruh mengaku tak salah curi burung kakak tua

Buruh mengaku tak salah curi burung kakak tua

Mohd Amizad, 44, dituduh mencuri seekor burung jenis African Grey Parrot nombor penandaan 20 Z 005 FID di Taman Bunga Angsana di Padang Besar pada 12 Nov lepas.

Tertuduh Mohd Amizad Marodzi, 44, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Kamaliza Md Zain selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
KANGAR:
Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencuri seekor burung kakak tua, Jumaat lepas.

Tertuduh Mohd Amizad Marodzi, 44, membuat pengakuan itu di hadapan majistret Kamaliza Md Zain selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut pertuduhan, Mohd Amizad dituduh mencuri seekor burung jenis “African Grey Parrot” dengan nombor penandaan 20 Z 005 FID di Nombor 7, Jalan Angsana 5, Taman Bunga Angsana di Padang Besar pada 4 pagi, 12 Nov lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Ab Rashid, manakala Mohd Amizad diwakili peguam Nur Iman Nor Azmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.