
Antara lain, kakitangan itu, seorang pelayan (butler), merakam mesyuarat yang melibatkan perancangan menghadapi PRU 2018 dan perbincangan melibatkan isu keselamatan negara, menurut Romen Bose dalam bukunya.
Bekas wartawan itu berkata kerja-kerja pengintipan kakitangan berkenaan terbongkar beberapa minggu sebelum PRU18 oleh pasukan keselamatan Najib semasa melakukan pemeriksaan rutin.
Bose, yang merupakan perunding komunikasi politik Najib ketika itu, mendapat tahu keadaan itu apabila tahap keselamatan di kediaman dan Pejabat Perdana Menteri tiba-tiba diperketatkan.

Beliau mulanya menyangka ia kerana ancaman keselamatan atau risiko keganasan, tetapi seorang pembantu Najib mendedahkan perkara sebenar.
Bose di beritahu, “salah seorang pelayan ‘butler’ di kediaman Najib dijadualkan pulang ke rumah dan pegawai keselamatan Najib memeriksa begnya seperti biasa.
“Apa yang mereka temui ialah beberapa pita rakaman tersembunyi bersama pakaian ‘butler’ itu,” tulis Bose dalam bukunya.
Beliau berkata rakaman itu melibatkan beberapa “mesyuarat sensitif yang diadakan di lokasi berlainan di kediaman Najib”.

“Rundingan (yang dirakam) itu bukan hanya membabitkan perancangan dan strategi kempen PRU14, tetapi turut membincangkan isu keselamatan negara dan dasar perancangan kerajaan yang sangat sulit,” Bose menulis dalam buku itu.
Ketika disoal siasat, ‘butler’ itu mengaku menerima upah lumayan daripada seorang ahli perniagaan yang kerap menemuinya untuk mengumpul pita rakaman itu. Kakitangan itu kemudiannya dipecat dan kes itu disiasat polis.
Bagaimanapun Bose berkata, perkara itu tidak akan didedahkan kepada umum tetapi polis Cawangan Khas memantau ahli perniagaan terbabit untuk mengetahui motifnya dan sama ada dia bekerjasama dengan pembangkang mahupun ejen asing.
Namun, susulan PRU14 dan kejatuhan kerajaan BN, “hasil siasatan Cawangan Khas disembunyikan manakala ahli perniagaan itu tidak didakwa,” tulis Bose.
Buku Bose bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” akan berada di pasaran mulai 14 Dis ini. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Kinokuniya
MPH
Popular
Amazon (e-book)
Petikan daripada buku itu disiarkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA.