
Insiden kira-kira jam 2 petang itu kemudian tular di platform media sosial termasuk Facebook yang membuatkan kebanyakan warganet cemas melihat kejadian berkenaan.
Dalam beberapa laporan dikongsikan memaparkan detik sebelum kejadian berlaku menunjukkan bas ekspres yang berada di lorong kanan tiba-tiba dalam keadaan terhuyung hayang, menurut laporan Berita Harian.
Tidak lama kemudian, pemandu bas yang masih tidak dikenal pasti identitinya itu didapati melanggar belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum dilihat merempuh beberapa kenderaan lain yang semuanya dianggarkan 10 kenderaan.
Kejadian itu menyebabkan berlaku kesesakan trafik kira-kira 15km sehingga ke Plaza Tol Sungai Dua, dekat sini.
Setakat ini, polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian terbabit.
Berikutan itu, tidak dapat dipastikan jumlah mangsa termasuk mereka yang mengalami kecederaan ekoran insiden berkenaan.
Sementara itu, jurucakap PLUS mengesahkan berlaku kemalangan berkenaan hingga menyebabkan kesesakan trafik.
“Siasatan kemalangan itu dijalankan pihak polis dan aliran trafik kembali lancar sekitar jam 4.50 petang,” katanya.