RUU MA63 dibentang untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat

RUU MA63 dibentang untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat

Rang undang-undang itu bertujuan antara lain memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan dengan negeri di Semenanjung.

Parlimen memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar membentangkan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu bertujuan antara lain memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan dengan negeri di Semenanjung.

Menurut rang undang-undang itu, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dicadang dipinda dengan menggantikan Fasal (2) kepada Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada:

(a) Negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu; dan

(b) Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

Parlimen memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan.

Sebelum ini, terdapat rasa tidak puas hati terhadap autonomi, dengan Sabah dan Sarawak mendakwa pihak berkuasa persekutuan bersikap sombong.

Terdapat juga rasa tidak senang terhadap pembangunan “lambat” kedua-dua negeri itu.

Apabila Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya pada 2018, ia menubuhkan jawatankuasa peringkat persekutuan untuk memberikan lebih kuasa kepada dua negeri Borneo itu.

Isu itu diteruskan bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan kini bawah kerajaan Ismail Sabri Yaakob.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.