Korban banjir meningkat kepada 46, 5 masih hilang

Korban banjir meningkat kepada 46, 5 masih hilang

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 25 kes kematian.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 25 kes kematian diikuti 18 di Pahang dan tiga di Kelantan, menurut Acryl Sani Abdullah Sani. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini telah meragut 46 nyawa, manakala lima masih hilang.

Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kematian dengan 25 kes, diikuti Pahang (18) dan Kelantan (tiga).

“Lima masih hilang dan kita harap dapat ditemui secepat mungkin,” katanya pada sidang media Ops Banjir di Taman Sri Muda.

Dalam pada itu, Acryl berkata, masih terdapat 334 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di seluruh negara, dengan keseluruhan mangsa seramai 54,532 orang.

Katanya, Pahang masih mencatat bilangan mangsa tertinggi di PPS, iaitu seramai 29,108 orang, diikuti Selangor (23,702), Kelantan (974), Kuala Lumpur (238), Perak (105), dan Melaka (38).

Beliau juga berkata dari segi bilangan kes jenayah pula, beliau berkata, sejumlah 15 kes direkodkan sehingga 24 Dis, dengan lima kes melibatkan curi motor dan kenderaan, manakala sepuluh lagi melibatkan kes pecah masuk premis perniagaan dan persendirian.

Manakala, beliau berkata terdapat tiga tahap sungai di Pahang dalam zon bahaya dan empat tahap amaran.

Katanya, di Selangor terdapat satu tahap bahaya dan dua tahap amaran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.