3 individu sesat ketika daki Bukit Bongol

3 individu sesat ketika daki Bukit Bongol

Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki bagaimanapun berjaya diselamatkan pasukan bomba.

Tiga individu yang tersesat di Bukit Bongol, Kota Belud, hari ini, berjaya diselamatkan pasukan bomba. (Gambar Bomba)
KOTA BELUD:
Tiga individu menempuh detik cemas apabila tersesat ketika mendaki Bukit Bongol, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba yang melancarkan operasi mencari mangsa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.50 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba terpaksa mendaki bukit sejauh 500 meter untuk tiba di lokasi mangsa.

“Kesemua mangsa didapati dalam keadaan selamat seterusnya diiringi turun bukit oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.25 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.