12 kematian baharu Covid-19

12 kematian baharu Covid-19

Tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) semalam.

Pahang mencatatkan angka kematian Covid-19 tertinggi semalam, iaitu sebanyak 3 kes. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 12 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, tiada kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kumulatif kematian kini ialah 31,793.

Pahang mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Melaka (masing-masing dua), manakala masing-masing satu kes di Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Selangor.

Tiada kes kematian dilaporkan di Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Terengganu, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 41,199 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 182 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 83 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 2,584 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,808,347.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.