1,120 pelajar di Kedah dijangkiti Covid-19 sejak 1 Jan

1,120 pelajar di Kedah dijangkiti Covid-19 sejak 1 Jan

Kluster pendidikan di negeri itu sudah membabitkan sembilan kluster.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo, seramai 1,120 pelajar di Kedah dijangkiti Covid-19, dengan kes jangkitan berlaku selepas dua hari sekolah dibuka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 1,120 pelajar di Kedah disahkan positif Covid-19, sejak 1 Januari lalu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo, berkata kluster aktif terbaharu hari ini membabitkan kluster kesembilan pendidikan, Kluster Dah Teratai Jingga.

Katanya, kluster ini berlaku di Maktab Mahmud Alor Setar, yang mencatatkan 18 kes positif Covid-19.

“Untuk rekod, kluster membabitkan institusi pendidikan di Kedah mula direkodkan pada 11 Januari lalu iaitu Kluster Dah Che Bema, yang tercetus selepas dua hari sekolah dibuka.

“Kluster seterusnya pada 17 Januari iaitu Kluster Dah Jalan Merbau membabitkan warga Kolej MARA Kuala Nerang,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Othman berkata, pada 18 Januari, tiga lagi kluster baharu diisytihar, masing-masing Kluster Dah Penyarom di Maktab Mahmud Pendang; Kluster Dah Teluk Teduri membabitkan warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Baling dan Kluster Dah Jalan Pantai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kuala Muda, Sungai Petani.

“Semalam tiga lagi kluster baharu diisytihar iaitu Kluster Dah Padang Halban membabitkan warga SMK Changlun di Kubang Pasu dan Kluster Dah Sungai Kob membabitkan warga SMK Sungai Kob di Kulim.

“Satu lagi adalah Kluster Dah Sungai Limau membabitkan warga Sekolah Menengah Agama, SMA Saadah Al-Diniyah Al-Islamiyah di Yan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.