
Ini menjadikan keseluruhan 2,753,119 daripada 2,829,089 pesakit Covid-19 sembuh setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 141 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU), 116 daripadanya disahkan positif Covid-19 dan 25 disyaki dijangkiti.
Sementara itu, 62 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, dengan 44 pesakit Covid-19 positif dan selebihnya 18 disyaki positif.
Hisham berkata, 3,618 jangkitan tempatan hari ini, terdiri daripada 3,504 warganegara dan 114 lagi bukan warganegara. Terdapat juga 498 kes yang diimport.
Katanya, daripada jangkitan baharu itu, hanya 0.9% adalah kes Kategori 3, 4 dan 5.
Terdapat sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini.