
Katanya, parti yang satu ketika dulu “mendabik dada” akan menggantikan Umno sedang berdepan defisit keyakinan dalam kalangan pemimpinnya sendiri.
“Maka apakah rasional dan kewajarannya untuk rakyat pula diminta supaya meyakini parti tersebut sedangkan sebahagian pimpinan akar umbinya tidak?
“Sebenarnya itulah perbezaan ketara antara sesuatu yang tulen dan tiruan, autentik dan rekaan. Pastinya yang original adalah berkualiti berbanding ciplak,” katanya dalam kenyataan.
Zahid dipercayai merujuk tindakan bekas ADUN Bersatu, Izhar Ahmad hari ini mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta.
Pengunduran itu berlaku dua hari selepas Ketua Bersatu Tebrau Mazlan Bujang mengumumkan keluar parti itu serta-merta dan meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian.
Zahid menegaskan bahawa asas perjuangan Umno bukannya terbentuk atas perjuangan individu atau dendam.
Asas perjuangan Umno katanya “asli, bukan retorik atau cuma agitasi politik.”
Zahid membayangkan Bersatu sebagai parti politik yang cuba menyamai Umno.
“Hanyalah bayangan semata-mata, tidak ‘real’ dan palsu,” katanya.