Polis siasat kematian warga Myanmar di hospital

Polis siasat kematian warga Myanmar di hospital

JIPS Bukit Aman akan menyiasat kematian seorang lelaki warga Myanmar yang ditahan selepas disyaki mencuri motosikal.

Hospital Kajang memaklumkan suspek tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad.
PETALING JAYA:
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menyiasat kematian seorang lelaki warga Myanmar yang meninggal dunia di Hospital Kajang, awal pagi tadi.

Pengarahnya, Azri Ahmad, berkata lelaki berkenaan diserahkan kepada pihak polis pada 30 Januari lalu, di Pusat Sehenti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, selepas dipercayai mencuri motosikal dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Pada 31 Januari, pada jam lebih kurang 8.10 pagi, suspek terbabit dihantar ke Hospital Kajang kerana mengadu tidak sihat. Pihak hospital memaklumkan bahawa suspek terpaksa ditahan di wad bagi menerima rawatan rapi.

“Seterusnya, pada 2 Februari, jam lebih kurang 1.05 pagi, pihak Hospital Kajang memaklumkan suspek tersebut telah meninggal dunia dan punca kematian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.