
Pengerusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), William Ng berkata, kerajaan perlu memperkenalkan pendekatan berperingkat ke arah skim perjalanan perniagaan tanpa kuarantin.
“Laluan perjalanan untuk divaksin juga perlu dipercepatkan ke lebih banyak pasaran, dengan kapasitinya meningkat secara ketara.
“Tanpa pergerakan bebas, harapan kami untuk pemulihan berasaskan perdagangan akan kekal lemah, khasnya apabila PKS kita bersaing dengan pesaing serantau dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SAMENTA turut menggesa kerajaan menghentikan kenaikan tarif elektrik dengan segera, yang disifatkannya “tekanan kos tidak perlu” kepada perniagaan kecil, ketika Tenaga Nasional Berhad mencapai rekod pertumbuhan hasil 9.6% pada 2021.
Ng berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula subsidi elektrik kepada pengguna komersial dan industri.
Beliau turut menggesa kenaikan gaji diserahkan kepada pasaran, dan gaji terikat kepada produktiviti serta hasil pengeluaran.
“Kenaikan gaji secara paksa ketika ekonomi kita di tahap rapuh menghantar isyarat bercampur-campur kepada perniagaan, khasnya PKS, bahawa sebarang usaha pemulihan untuk mengurangkan tekanan kos ke atas pengguna berbanding menyelamatkan PKS dan mengejar pertumbuhan yang hilang.”
Katanya, peralihan kepada pembiayaan diterajui pasaran perlu dipercepatkan.
“Walaupun Bank Negara proaktif dalam menyokong PKS, kami perlu kerajaan mengambil lebih banyak risiko untuk membenarkan lebih banyak perniagaan mendapat pembiayaan melalui pelbagai sumber,
“Pergantungan tradisional kita kepada cagaran berbanding hasil atau aliran tunai, menghalang pertumbuhan ketika PKS sedia berkembang, tetapi mereka kehabisan aliran tunai dan sudah melupuskan aset mereka untuk mengharungi pandemik.”