Ban pecah di Taman Sri Muda, kerja pembaikan dijalankan

Ban pecah di Taman Sri Muda, kerja pembaikan dijalankan

Ia dipercayai akibat hujan lebat di kawasan tersebut petang semalam.

Tiada limpahan air ke kawasan kediaman penduduk, selain lima bot digerakkan ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga, menurut bomba.
SHAH ALAM:
Sebuah ban berhampiran pintu kunci air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini, pecah dipercayai akibat hujan lebat di kawasan tersebut petang semalam.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada penduduk pada 8.15 malam sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba di lokasi 14 minit kemudian.

“Keadaan di lokasi terkawal. Kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” katanya dalam kenyataan.

Norazam berkata, pihaknya turut menggerakkan lima bot ke lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Bomba akan terus berada di lokasi sehingga air pasang pada 12 tengah malam untuk memantau paras air. Setakat ini tiada limpahan air ke kawasan kediaman penduduk,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.