Hayun kapak ke arah pegawai JPJ, pemandu lori direman 3 hari

Hayun kapak ke arah pegawai JPJ, pemandu lori direman 3 hari

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pemandu lori balak berusia 50-an itu ditahan semalam dan direman mulai hari ini hingga 6 Mac. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu lori balak direman tiga hari kerana menghayunkan kapak ke arah dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Kurung Hitam, Padang Terap, Kedah.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Mulkiaman Manzar berkata, suspek berusia 50-an itu yang ditahan semalam, direman mulai hari ini hingga 6 Mac.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah kapak dipercayai digunakan dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Dalam kejadian 10.50 pagi semalam, pemandu lori balak itu dikatakan tidak berpuas hati dan enggan bekerjasama, sebelum menghayunkan kapak ke arah pegawai JPJ yang sedang melakukan pemeriksaan sambil menunjukkan dua saman diterimanya Januari lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.