Pusat media PN ‘lengang’, cetus spekulasi kalah teruk

Pusat media PN ‘lengang’, cetus spekulasi kalah teruk

Kerusi yang disusun di dewan sebuah hotel di Senai dilihat masih kosong.

KULAI:
Keadaan di pusat liputan media Perikatan Nasional (PN) di sebuah hotel di Senai kelihatan agak lengang setakat 9.30 malam tadi.

Kerusi yang disusun di dewan juga dilihat masih kosong. Pimpinan PN tertinggi sama ada dari Bersatu dan PAS masih belum kelihatan di dewan ini.

Hanya Naib Presiden Gerakan, Ranndy Yap Kim Heng, kelihatan sejak 7 petang tadi, bersama petugas media.

Skrin besar memaparkan perkembangan terkini kiraan undi PRN Johor, daripada saluran TV sahaja.

Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat sama ada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, akan mengadakan sidang media di sini.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, memberitahu FMT pimpinan PN berada di bilik gerakan utama gabungan itu di Senai.

Sementara itu, suasana lebih meriah di bilik gerakan utama PN yang terletak kira-kira 1km daripada pusat media.

Kelihatan Wan Saiful dan pemimpin PN yang lain bersama penyokong mereka.

Difahamkan Muhyiddin berada di sini namun menurut Wan Saiful, beliau tidak mahu mengulas keputusan tidak rasmi PRN Johor.

Beliau berkata Muhyiddin akan mengadakan sidang media di bilik gerakan utama pada 11 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.