Anggota PGA ditemui maut dengan kesan tembakan

Anggota PGA ditemui maut dengan kesan tembakan

Anggota berpangkat koperal itu pada mulanya disangka terlibat dalam kemalangan di Miri malam tadi.

Polis dan anggota bomba menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.50 malam tadi.
PETALING JAYA:
Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal ditemui maut dengan kesan tembakan pada rusuk kiri dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Riam, Miri malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri Hakemal Hawari yang mengesahkan kes terbabit berkata, setakat ini, kes diklasifikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sedang menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya, menurut laporan Harian Metro.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

Polis dan pasukan bomba menerima maklumat mengenai kejadian pada 7.50 malam tadi.

Kejadian pada mulanya disangka kemalangan memandangkan kenderaan dipandu mangsa didapati melanggar sebatang pokok di tepi jalan, namun pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan tembakan pada badan mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.