
SHAH ALAM: Loke Siew Fook dipilih sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu menggantikan Lim Guan Eng pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu hari ini.
Guan Eng yang memegang jawatan itu selama tiga penggal melepaskannya selaras peruntukan dalam perlembagaan parti.
Beliau yang kini berusia 61 tahun, menjawat jawatan itu selama 18 tahun dipilih sebagai Pengerusi DAP.
Sembilan ahli wanita turut dipilih selaras pindaan dalam perlembagaan parti yang menetapkan kuota 30% untuk golongan itu dalam CEC.
Mereka ialah Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Hannah Yeoh (Segambut), Teo Nie Ching (Kulai), Kasthuri Patto (Batu Kawan), Wong Shu Qi (Kluang) dan Alice Lau (Lanang).
Selain itu, ADUN Ketari Young Syefura Othman, ADUN Kapayan Jannie Lasimbang dan Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying.
Sebelum ini Teresa, Teo dan Lasimbang berada dalam senarai CEC.
Seramai 4,149 perwakilan membuang undi secara fizikal di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, memilih 93 calon yang bertanding untuk merebut 30 kerusi dalam CEC DAP.
Pemilihan kali ini menyaksikan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming tidak tersenarai dalam barisan kepimpinan CEC yang baru.
Sementara itu, Loke dalam ucapan sulungnya berkata kepimpinan CEC kini sudah masuk ke era tiga generasi.
“Ini merupakan satu fasa peralihan kepimpinan 2g kepada 3g. Kita melihat suatu saf kepimpinan baharu akan memimpin DAP ke era lebih gemilang
Beliau juga komited untuk membawa pendekatan kepimpinan yang boleh menyatupadukan semua pihak dalam parti kerana menurutnya, kekuatan ini harus digarap bagi memastikan DAP terus gemilang.
“Dalam mesyuarat CEC akan datang, saya akan buat lantikan, jawatankuasa dan biro-biro supaya pemimpin yang tidak pegang portfolio ada peranan khusus dan akan beri ruang kepada Ahli Parlimen (yang tidak dalam CEC) untuk mainkan peranan sebagai pemimpin parti.
“Saya harap ini satu hala tuju yang akan kita bawa kepimpinan DAP. Terima kasih atas kepercayaan ahli CEC yang terpilih kerana beri mandat kepada saya sebagai Setiausaha Agung yang baharu,” katanya.
Barisan kepimpinan baharu adalah seperti berikut:
Pengerusi: Lim Guan Eng
Timbalan Pengerusi: Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi:
Nga Kor Ming
Chow Kon Yeow
Chong Chieng Jen
M Kulasegaran
Teresa Kok
Setiausaha Agung: Loke Siew Fook
Timbalan Setiausaha Agung:
Liew Chin Tong
V Sivakumar (dilantik)
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (dilantik)
Bendahari: Fong Kui Lun
Timbalan Bendahari: Ng Sze Han
Setiausaha Organisasi: Steven Sim
Penolong Setiausaha Organisasi:
Ng Suee Lim
Khoo Poay Tiong (dilantik)
Setiausaha Publisiti: Teo Nie Ching
Penolong Setiausaha Publisiti:
Hannah Yeoh
V Ganabatirau (dilantik)
Setiausaha Antarabangsa: Jannie Lasimbang
Penolong Setiausaha Antarabangsa: Khasturi Patto
Pengarah Pendidikan Politik:
Wong Kah Woh
Penolong Pengarah Pendidikan Politik:
Wong Shu Qi
Ahli Jawatankuasa:
Tan Kok Wai
Lim Lip Eng
Lim Hui Ying
Alice Lau
Chan Foong Hin
Ronnie Liu
Tan Hong Pin
Syefura Othman
Teo Kok Seong
Thomas Su
Wu Him Ven
Syahredzan Johan (dilantik)
Mentor: Lim Kit Siang
Penasihat: Tan Kok Wai
Ketua Parlimen: Nga Kor Ming