
KKM turut melaporkan 22,491 kes Covid-19 meliputi 22,109 penularan tempatan dan 382 kes import.
Daripada jumlah kematian itu, 15 korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 34,600.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, iaitu 12 kes, diikuti Perak (11), Johor (10), Melaka dan Pahang (masing-masing lima), Kedah (empat), Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur (masing-masing tiga), Pulau Pinang (dua) serta Kelantan, Perlis, Terengganu dan Labuan (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 248,863 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 332 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 189 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 26,234 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini ialah 4,054,926.