
KKM turut melaporkan 14,692 kes Covid-19 baharu, termasuk 14,474 penularan tempatan dan 218 kes import.
Daripada jumlah kematian, 11 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Jumlah kumulatif kematian kini mencecah 35,069.
Perak, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu masing-masing 10 kes, diikuti Johor (lapan), Kedah (tujuh), Melaka (tiga), Negeri Sembilan dan Pahang (dua), serta Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Terengganu (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 201,232 kes aktif dilaporkan, termasuk 261 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 153 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 20,383 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah 4,234,087.