Gaduh beramai-ramai di Sandakan, 21 pelajar ditahan

Gaduh beramai-ramai di Sandakan, 21 pelajar ditahan

Seorang bekas pelajar turut ditahan dalam insiden pergaduhan membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah di daerah itu.

Polis berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah berasingan di Sandakan.
SANDAKAN:
Polis menahan 21 pelajar dan seorang bekas pelajar selepas didapati terlibat dalam insiden pergaduhan beramai-ramai, di sini, yang tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek, berkata semua yang ditahan berusia lingkungan 14 hingga 18 tahun membabitkan pelajar daripada tiga sekolah menengah berasingan di daerah ini.

“Siasatan awal mendapati, pergaduhan berpunca daripada salah faham membabitkan pelajar terbabit.

“Polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kepada pejabat peguam negara bagi mendapatkan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam insiden semalam, pergaduhan dilaporkan berlaku di Jalan Elopura, Sandakan.

Polis juga sudah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan berhubung insiden berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.