Halang Ahli Parlimen ada kes mahkamah bersidang belum dibincang Kabinet, kata PM

Halang Ahli Parlimen ada kes mahkamah bersidang belum dibincang Kabinet, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata masih terlalu awal mengulas pelaksanaan larangan itu kerana belum dibincangkan Kabinet secara terperinci.

Cadangan menghalang Ahli Parlimen berdepan kes mahkamah daripada menghadiri sidang Parlimen belum dibincangkan Kabinet, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
PETALING JAYA:
Cadangan menghalang Ahli Parlimen berdepan perbicaraan mahkamah menghadiri sidang Parlimen masih di peringkat kajian dan belum dibincangkan di Kabinet, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Itu masih terlalu awal. Kita belum bincang lagi dalam Kabinet secara detail (terperinci),” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ditanya sama ada perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet akan datang, beliau berkata: Belum. Minggu lalu, menteri undang-undang (Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mencadangkan dan kita kata kita boleh lihat dengan lebih ‘detail’.”

Ismail juga enggan mengemukakan pendapatnya berhubung cadangan larangan berkenaan. “Tak boleh ‘point of view’ saya (sahaja),” katanya. “Kabinet itu semua menteri. Kita akan bincang secara detail dalam Kabinet.”

Pada Jumaat, Wan Junaidi berkata, antara reformasi Parlimen termasuk cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Katanya, perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.