Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemui

Mayat seorang lagi nelayan hilang di perairan Pontian ditemui

Dua orang nelayan dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut dengan menaiki bot pada Khamis sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.

Mayat Abu Bakar Mohammad ditemui oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi, semalam.
JOHOR BAHRU:
Seorang lagi nelayan yang hilang di laut selepas keluar mencari ikan di perairan Barat Pulau Pisang, Pontian pada Khamis lepas, ditemui lemas di Kuala Sungai Ayer Baloi, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian Mohammad Shofee Tayib berkata mayat Abu Bakar Mohammad, 57, ditemui oleh nelayan di kawasan sekitar pada 9.30 pagi.

“Mayat mangsa telah dibawa ke jeti nelayan berhampiran. Bagaimanapun (sehingga kini) bot mangsa tidak ditemui,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Media pada Jumaat melaporkan seorang nelayan Khalid Mohammad, 71, ditemui lemas di 2.5 batu nautika dari Pantai Kampung Pulai Sebatang, kira-kira 12.45 tengahari.

Khalid dan Abu Bakar dilaporkan keluar ke laut mencari ikan di perairan tersebut dengan menaiki bot pada Khamis sebelum kedua-duanya gagal dihubungi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.