Wanita hamil 7 bulan ditemui mati dengan kesan tembakan

Wanita hamil 7 bulan ditemui mati dengan kesan tembakan

Mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

Menurut polis, peniaga berusia 26 tahun itu ditemui dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan kampung pada kira-kira 4 petang.
KOTA BHARU:
Seorang wanita hamil tujuh bulan ditemui mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan di Kampung Repek, Pasir Mas, dekat sini petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata peniaga berusia 26 tahun itu ditemui dalam kereta miliknya jenis Nissan Cefiro di tepi jalan kampung tersebut pada kira-kira 4 petang.

Beliau berkata mangsa ditemui di tempat duduk pemandu dan mempunyai kesan tembakan pada bahagian perut sebelah kiri.

“Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut menemui satu biji kelongsong peluru pada (ruang) bahagian kaki penumpang belakang sebelah pemandu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat dan polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun pada 11.25 malam tadi di Pasir Mas.

“Suspek yang bekerja sebagai seorang buruh ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.