TMJ kembali terajui JDT

TMJ kembali terajui JDT

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan Tunku Ismail untuk terus mengendalikan pasukan kelab bola sepak Johor Ta’zim (JDT).

Pemangku Raja, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali menerajui kelab bola sepak Johor Ta’zim.  (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemangku Raja, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kembali menerajui kelab bola sepak Johor Ta’zim (JDT) selepas mengumumkan pengunduran minggu lalu.

“Sultan Ibrahim bertitah mengumumkan baginda berkenan supaya Tunku Ismail terus menerajui dan mengendalikan pasukan bola sepak JDT,” titah baginda di Facebook.

Sultan Ibrahim bertitah, keputusan itu dibuat bagi memartabatkan sukan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Minggu lepas, pemilik kelab bolasepak JDT itu mengumumkan pengundurannya dan menyerahkan urusan harian kelab tersebut kepada pengurusan tertingginya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata, keputusan itu adalah disebabkan tanggungjawab dan komitmennya yang lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.