
Beliau berkata, ruang bagi kemungkinan PRU15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan.
“Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan Bajet 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan,” katanya kepada editor kanan media, di mesyuarat Concorde Club.
Katanya, beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.
Tempoh penggal semasa Parlimen tamat, pada Julai tahun depan.
Merujuk kepada penggunaan logo bagi pakatan pembangkang pada PRU itu nanti, Loke berkata, tiada keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan setakat ini, dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan bulan depan.