
penganalisis politik dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun.
Beliau berkata, PN mesti bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Parti Bangsa Malaysia (PBM) pimpinan bekas ahli Bersatu Zuraida Kamaruddin.
“PN dan Bersatu akan menghadapi masa sukar kerana Umno dan BN dijangka mampu menang besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. “PN tidak boleh terlalu memilih, dan mesti bekerjasama dengan saingan BN dan Umno sebanyak mungkin,” katanya.
Pada Ahad, Zuraida yang juga pengganti presiden PBM berkata beliau telah mencadangkan parti itu menyertai PN. Beliau memberitahu Utusan Malaysia, partinya belum rasmi memohon menyertai BN, dan beliau sebelum ini menawarkan PBM sebagai ahli komponen PN.
Sehari sebelumnya, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, beberapa parti menyuarakan minat untuk menyertai gabungan itu, dan PN sedang mempertimbangkan permohonan mereka.
Oh berkata PBM akan menghadapi dilema sama ada untuk menyertai PN atau BN kerana beberapa ahlinya dipilih sebagai ahli Parlimen atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada PRU lalu.
Menurutnya, PBM akan sukar meraih sokongan kerana pengundi pasti tidak berpuas hati sekiranya parti itu bersekutu dengan Umno, Bersatu atau PAS.
Bagaimanapun, felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir berkata, lebih baik PBM menyertai BN memandangkan PN kini “tidak relevan”.
“BN adalah platform terbaik untuk PBM, namun sama ada parti komponen gabungan itu bersedia untuk kompromi dengan parti yang baru dibentuk itu masih belum dapat dipastikan,” katanya.
Tambahnya, persoalan utama sekarang adalah kerusi mana ingin ditandingi PBM.