5 LRA terkesan akibat banjir Baling beroperasi sepenuhnya

5 LRA terkesan akibat banjir Baling beroperasi sepenuhnya

LRA Sungai Petani, LRA Pinang Tunggal, LRA Kulim Hi-Tech, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Kuala Ketil Baru beroperasi pada kadar maksimum sejak pagi tadi.

Sebanyak 280,000 akaun pengguna SADA di tiga daerah iaitu Baling, Kuala Muda dan Kulim terjejas bekalan air, semalam susulan loji rawatan air terpaksa dihenti tugas akibat kejadian banjir di Baling. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Lima loji rawatan air (LRA) di negeri ini yang sebelum ini terkesan akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas telah pulih.

Bahagian Komunikasi Korporat Syarikat Air Darul Aman (SADA) berkata setakat 9 pagi tadi, LRA Sungai Petani, LRA Pinang Tunggal, LRA Kulim Hi-Tech, LRA Kuala Ketil Lama dan LRA Kuala Ketil Baru telah beroperasi pada kadar maksimum.

“Semua LRA telah pulih dan tempoh gangguan dan bekalan air di kawasan terkesan adalah berbeza dan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Pengguna yang terkesan dengan gangguan bekalan air itu akan menerima bekalan air secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, sebanyak 280,000 akaun pengguna SADA di tiga daerah iaitu Baling, Kuala Muda dan Kulim terjejas berikutan gangguan bekalan air yang disebabkan oleh kadar kekeruhan air mentah yang tinggi akibat insiden berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.