Kanak-kanak OKU hilang dipercayai lemas, ditemukan selamat

Kanak-kanak OKU hilang dipercayai lemas, ditemukan selamat

Mangsa berusia tujuh tahun disedari hilang oleh ahli keluarga kira-kira 12 tengah hari tadi.

Kanak-kanak OKU yang hilang di Kampung Jawa Lanut, Tawau, tengah hari tadi ditemui selamat. (Gambar bomba)
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai lemas tengah hari tadi, ditemui selamat di kawasan hutan di Kampung Jawa Lanut, di Tawau, malam tadi.

Muhammad Fakhri Zhafrah Afandi Muhammad Maulidin, 7, ditemui kira-kira 100m dari rumahnya, pada 7.16 malam.

Ketua Bomba Tawau, Julius John Stephen, berkata hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berjaya menemui mangsa di kawasan hutan.

“Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang kira-kira 12 tengah hari tadi dan dikhuatiri lemas di sungai berhampiran.

“Operasi SAR dilakukan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba dan ketika pencarian dilakukan, mangsa akhirnya berjaya ditemui tidak jauh dari lokasi rumahnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi kemudian ditamatkan pada 7.52 malam selepas semuanya dalam keadaan selamat.

Sebelum itu, mangsa dilaporkan dikhuatiri lemas selepas hilang dari rumahnya di kampung berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.