
Ia susulan Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual, yang antara lain memperuntukkan penubuhan tribunal, yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam.
Dalam kenyataan bersama, kumpulan asasi itu, berkata memastikan “kesalinghubungan” dan wakil pelbagai dalam tribunal terbabit akan menjamin kecekapannya melindungi semua hak semua individu yang dibawa ke tribunal berkenaan.
Katanya, semangat perundangan itu demi sentiasa mempromosi dan melindungi hak asas semua individu tanpa mengira jantina, kaum, agama dan latar belakang.
Kumpulan berkenaan merangkumi Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG), ENGENDER dan Wanita Muda Membuat Perubahan.
Walaupun kumpulan itu mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-Undang Anti-Gangguan Seksual, ia diharap beberapa ciri kritikal yang tertinggal akan dimasukkan dalam akta, sebagai menjamin perundangan itu menepati keperluan seperti mana disasarkan.
Ia termasuk, keperluan organisasi menangani dan menghalang gangguan seksual, dan melindungi mangsa yang tampil ke depan dan ganti rugi.
Pembentangan rang undang-undang itu tertangguh beberapa kali sejak dua tahun lalu, namun undang-undang yang ditunggu-tunggu itu akhirnya diluluskan, semalam, dengan perbahasan membabitkan 26 Ahli Parlimen.
Bacaan pertama dibuat pada Dis, manakala bacaan kedua, pada Selasa.
Penangguhan kerap terhadap rang undang-undang berkenaan menjadikan beberapa pihak, terutama kumpulan hak asasi wanita, menuntut kerajaan membentangkan rang undang-undang itu secepat mungkin.
Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun, berkata pihaknya akan memastikan hanya mereka yang paling layak dan berpengalaman menguruskan kes gangguan seksual akan dilantik dalam tribunal apabila sudah menjadi akta penuh.