Lelaki ditahan disyaki buat gangguan seksual di Stesen MRT Kajang

Lelaki ditahan disyaki buat gangguan seksual di Stesen MRT Kajang

Polis berkata suspek ditahan semalam di rumahnya di Taman West Country, Bandar Baru Bangi.

raba wanita mrt kajang
Tangkap layar video tular menunjukkan lelaki yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di Stesen MRT Kajang pada Khamis lalu.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan semalam di rumahnya di Taman West Country, Bandar Baru Bangi.

Katanya, suspek warga tempatan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk permohonan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat polis Nor Atiqah Anuar di talian 013-7948922 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai melakukan gangguan seksual di pintu keluar Stesen MRT Kajang seperti tular di mediasosial.

Naazron dilaporkan berkata, video berdurasi 23 saat memaparkan kejadian itu dikesan tular sejak Khamis dan siasatan turut dijalankan di lokasi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.