Lelaki tular ganggu seksual di pasar raya diberkas

Lelaki tular ganggu seksual di pasar raya diberkas

Suspek berusia 55 tahun itu bertindak membuka zip seluar dan memegang kemaluan dirakam seorang wanita yang bekerja di sebuah pasar raya di Gerik.

Ketua Polis Gerik Abdul Samad Othman, berkata suspek berusia 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.
PETALING JAYA:
Lelaki tular melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita di sebuah pasar raya di Gerik ditahan.

Ketua Polis Gerik Abdul Samad Othman, berkata suspek berusia 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Katanya, penangkapan individu itu susulan laporan diterima daripada seorang wanita berusia 25 tahun yang mendengar bunyi seperti zip sedang dibuka.

“Pengadu pergi melihat dan mendapati seorang lelaki sedang membuat gangguan seksual,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Samad berkata, lelaki itu bertindak memegang kemaluannya sambil memandang ke arah mangsa.

“Pengadu mengambil tindakan dengan merakam perbuatan tersebut menggunakan telefon bimbit serta memarahi suspek. Selepas itu, suspek terus keluar dari pasar raya tersebut.”

Tular video berdurasi dua minit di Facebook memaparkan wanita memarahi seorang lelaki kerana melakukan perbuatan tidak senonoh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.