
Namun, dalam pada keadaan semakin kembali normal, masih ramai keluarga di seluruh negara ini terus berdepan ketidakentuan dari segi ekonomi.
Rata-rata tajuk berita di dada akhbar meliputi:
- Varian baharu Covid-19 semakin muncul, yang masih memberi kesan terhadap ramai orang setiap hari.
- Jangkitan cacar monyet semakin berganda.
- Ketegangan semakin meningkat di peringkat global akibat konflik tiada kesudahan di Ukraine.
- Kesan daripada masalah penghantaran dan rantaian bekalan dapat dilihat dengan rak kosong pasar raya, seterusnya menyebabkan harga barangan seharian juga melonjak.
- Ekonomi di seluruh dunia berdepan kadar inflasi tinggi malah berkemungkinan mengalami kemelesetan.
Faktor ini menjejaskan kestabilan pasaran kerja, meningkatkan tahap tekanan, dan secara tidak langsung memberi kesan negatif terhadap kesihatan serta mata pencarian rakyat secara keseluruhannya.
Satu dalam empat rakyat Malaysia berisiko meninggal dunia akibat penyakit kronik, termasuk kanser, serangan jantung, strok, dan kegagalan buah pinggang.
Walaupun kanser lazim dianggap sebagai punca kematian tertinggi di Malaysia, Jabatan Perangkaan berkata penyakit jantung sebenarnya menyumbang kepada satu dalam enam kematian pada 2020. Ini adalah peningkatan hampir 50% sejak 2000.
Selain kos perubatan yang tinggi, bebannya juga dirasai oleh ahli keluarga pesakit, sama ada disebabkan tempoh pemulihan yang perlu dilalui, atau akibat penyakit dihidapi mengambil masa lama sebelum menunjukkan kesan teruk.
Tekanan kewangan pasti lebih dirasai sekiranya individu tidak mampu bekerja akibat kesihatan yang buruk, dan ramai sebenarnya tidak bersedia menghadapinya.

Prosedur koronari biasa menelan kos antara RM30,000 hingga RM70,000. Rawatan untuk pelbagai kanser pula berbeza-beza, daripada RM56,000 bagi kanser paru-paru hingga RM395,000 untuk kanser payudara.
Dua daripada tiga mangsa strok mengalami kecacatan fizikal kekal. Walaupun ada kes yang boleh dirawat menggunakan ubat, ada juga yang memerlukan pembedahan mahal, yang mencecah kos daripada RM35,000 hingga RM75,000.
Walaupun kebanyakan keadaan ini di luar kawalan sesiapapun, ada tindakan awal yang boleh diambil untuk melindungi diri sendiri dan orang tersayang sekiranya berdepan mana-mana cabaran kesihatan sedemikian.
Mencegah lebih baik daripada merawat
Tidak kira sama ada anda bujang atau sudah berkeluarga, semakin penting pada masa kini untuk memastikan diri dilindungi daripada kejadian tidak dijangka yang mampu memberi kesan negatif terhadap keupayaan anda mencari rezeki, atau memberi sokongan yang diperlukan untuk orang tersayang.
Dengan pelbagai pilihan yang semakin ditawarkan dalam pasaran, takaful dengan prinsip model perniagaannya kini semakin menjadi pilihan popular apabila memberi perlindungan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.
Peserta Takaful yang berdepan musibah dibantu menerusi sumbangan (“tabarru”) daripada sejumlah wang dihimpunkan dalam satu dana risiko. Tabarru’ yang dianggap sebagai satu bentuk sumbangan unilateral, menerima wujudnya unsur ketidakpastian (“gharar”), seperti keadaan yang tidak dapat dijangka dan bencana.
Lebih mudah lagi, pilihan seperti Family Takaful Berhad Etiqa juga boleh diperoleh dalam talian, dengan kebanyakan kelulusan diberikan segera seterusnya membolehkan sesiapa saja mendapatkan perlindungan baik untuk diri sendiri atau orang tersayang dalam tempoh beberapa minit saja.
Anda dapat memilih jenis perlindungan paling sesuai dengan gaya hidup anda, dan hanya satu klik diperlukan untuk membuat persediaan terhadap malang yang tidak dijangka.

Beberapa pelan seperti i-Secure dan i-DoubleSecure Takaful tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. i-secure menyediakan perlindungan untuk hilang upaya sementara dan kekal, termasuk sehingga usia 75 tahun, selain memberikan bayaran sekaligus kepada benefisiari sekiranya kematian berlaku.
Kanser sama ada dari peringkat awal hingga teruk dilindungi di bawah e-CancerCare Takaful termasuk carcinoma in situ (CIS), kanser pundi kencing, leukemia limfositik kronik, kanser prostat, dan kanser tiroid. Ini seterusnya memberi ketenangan bagi pesertanya dalam pada mereka bertarung nyawa, yang sudah tentu melemahkan seluruh sumber dan tenaga.
Bayaran pendahuluan tunai sebanyak 30% daripada jumlah perlindungan diberikan untuk kanser peringkat awal, dan sehingga 150% bayaran tunai sekaligus daripada jumlah nilai perlindungan untuk kanser peringkat teruk, sekiranya tiada tuntutan dibuat pada peringkat awal diagnosis. Percaya atau tidak, perlindungan e-CancerCare Takaful boleh diperoleh dengan serendah 21 sen sehari.
Bagi mereka yang mahukan takaful paling baik dan menyeluruh pula, pelan e-Medical Pass Takaful bermula dari serendah RM1.77 sehari.
Seiring moto iaitu FEBA (Fast, Easy, and Best Advice), dan bagi lebih memudahkan pelanggan, aplikasi Etiqa Smile boleh digunakan untuk mengesan klinik yang termasuk dalam panel penyedia perubatan paling dekat dengan anda, selain bagi menyerahkan tuntutan, dan menjejak status Surat Jaminan.
Masa sukar sebegini menjadi peringatan untuk semua bahawa sesiapapun berkemungkinan menghadapi dugaan. Jadi lebih bijak jika kita bersedia, dan tidak dipaksa dibebani masalah kewangan teruk atau “kehancuran” ekonomi pula kelak.
Cari perlindungan yang paling sesuai untuk anda dengan melayari Etiqa online hari ini.