
MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri di sebahagian Lembah Klang, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak sementara Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.
“Johor pula membabitkan dua kawasan iaitu Tangkak dan Muar,” menurut agensi itu.
Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.