Mangsa banjir di Sipitang meningkat 195 orang

Mangsa banjir di Sipitang meningkat 195 orang

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 91 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan semalam.

banjir sipitang
Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran. (Gambar Facebook)
KOTA KINABALU:
Seramai 195 orang daripada 93 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang kini berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 91 orang daripada 43 keluarga yang direkodkan semalam.

“Semua mangsa itu merupakan penduduk dari 14 kampung di Sipitang yang terjejas akibat banjir,” menurut kenyataan itu.

PPS di Dewan SK Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga, manakala 102 orang daripada 48 keluarga berlindung di Dewan SMK Padang Berampah.

Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.