Amaran cuaca buruk bagi Langkawi, Pulau Pinang

Amaran cuaca buruk bagi Langkawi, Pulau Pinang

Beberapa kawasan di Melaka dan Johor turut dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

MetMalaysia menjangkakan cuaca buruk atau tidak menentu di Langkawi, Pulau Pinang dan beberapa kawasan di Johor sehingga 10 pagi ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Amaran cuaca buruk dikeluarkan pagi ini bagi Langkawi di Kedah dan Pulau Pinang yang menjadi tumpuan pelancong.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu pemakluman di Facebook berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu turut melibatkan dua kawasan di Melaka, iaitu Jasin dan Melaka Tengah.

Tiga daerah di Johor – Tangkak, Muar dan Batu Pahat – turut dijangka mengalami cuaca tidak menentu.

“Amaran cuaca tidak menentu itu dijangka berlaku sehingga 10 pagi,” menurut MetMalaysia.

Amaran sedemikian dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.