Mayat lelaki dibaham buaya ditemui

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui

Ahad lepas, mangsa bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir Sungai Pegagau sebelum dibaham buaya kira-kira 3 petang.

Menurut pihak bomba, mayat Azman Tugau, 35, ditemui berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu di Sungai Pegagau, Semporna. (Gambar Bernama)
SEMPORNA:
Mayat Azman Tugau, lelaki yang dilaporkan dibaham buaya ketika memancing di Sungai Pegagau dekat sini Ahad lepas, ditemukan orang awam kira-kira 5 petang semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, mayat mangsa ditemukan berhampiran lokasi dia dibaham reptilia itu.

“Pada pukul 5.30 petang tadi Balai Bomba dan Penyelamat Atas Air Semporna menerima makluman daripada Ibu Pejabat Polis Semporna bahawa mayat mangsa ditemukan oleh orang awam. Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa ditamatkan,” katanya.

Ahad lepas, Azman, 35, bersama sepupunya dilaporkan sedang memancing di pinggir sungai berkenaan sebelum dia dibaham buaya pada kira-kira 3 petang.

Sepupu mangsa yang menyaksikan kejadian tersebut berjaya melarikan diri dan melaporkan perkara itu kepada polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.