Positif Covid-19, Dr M dimasukkan ke IJN

Positif Covid-19, Dr M dimasukkan ke IJN

Bekas perdana menteri itu akan berada bawah pemantauan selama beberapa hari.

Menurut pejabatnya, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad disahkan positif Covid-19 pagi ini.
PETALING JAYA:
Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas disahkan positif Covid-19 hari ini.

Dalam kenyataan, pejabatnya berkata, bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu akan berada bawah pemantauan selama beberapa hari, atas nasihat pasukan perubatan.

Pada 16 Dis 2021, Mahathir dimasukkan ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan pulang pada 23 Dis lalu, selepas menjalani “satu siri siasatan perubatan”.

Pada 7 Jan lalu, beliau sekali lagi dimasukkan ke IJN untuk menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan pulang enam hari kemudian.

Pengerusi Pejuang itu dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN pada 22 Jan lalu dan dibenarkan pulang pada 4 Feb.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.