Amaran cuaca buruk di 6 negeri pagi ini

Amaran cuaca buruk di 6 negeri pagi ini

Amaran cuaca buruk dikeluarkan untuk negeri di Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak antara enam negeri dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 9 pagi ini.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan enam negeri sehingga 9 pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di negeri Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Port Dickson dan Rembau.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kelantan melibatkan Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Sarawak pula membabitkan beberapa kawasan iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” menurut agensi itu.

Katanya, amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.