
“Patutnya dia perlu berani tampil ke hadapan sebab dia berani tunjuk gambar berada di sana (Mekah) dengan berpakaian ihram seolah-olah ingin menimbulkan provokasi, mengapa perlu takut,” katanya selepas Program Berjalan Teguh Bersama di Dataran Tarbiah, Bukit Gantang, memetik laporan Bernama.
Pada 1 Sept lepas, Idris dilaporkan berkata individu tersebut telah pulang dari Tanah Suci namun masih belum mendapatkan maklumat bagi mengesannya.
Menerusi video yang tular pada 12 Ogos, wanita berkenaan berada di Mekah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki.
Idris sebelum ini juga berkata usaha mengesan wanita terbabit sukar memandangkan dia menggunakan visa pelancongan bagi menunaikan umrah.