
Katanya, DAP memiliki rekod buruk membabitkan Islam dan masyarakat Melayu berbanding pentadbiran PAS yang disifatkan bukan anti-Cina dan bukan Islam dengan memberikan contoh terletaknya di Kelantan patung Buddha terbesar di Asia, manakala di Terengganu, dihapuskan cukai gerbang kampung Cina, pada 1999.
Sambil menggelar DAP sebagai chauvinis, beliau mendakwa parti itu “memusuhi” pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355).
Katanya, tindak tanduk DAP yang menyokong ratifikasi Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), selain menuduh veteran DAP, Lim Kit Siang, pernah mendakwa khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertujuan menyebarkan kebencian.
“Perlembagaan DAP sendiri jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP adalah untuk ‘mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal’. Hal ini sahaja membuka pekung dada DAP yang cukup anti kepada Islam dan Melayu.
“Wakil DAP di Dewan Rakyat pada 27 September 2005 mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran serta mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pelantikan menteri besar susulan Langkah Kajang, pada 2014.
“Contoh ini hanya sebahagian daripada banyaknya lagi sikap rasisnya DAP. Sehubungan dengan itu, seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum wajib menolak parti yang sebegini rasis dan sering memecahbelahkan,” katanya dalam kenyataan.